Pages

Friday 12 August 2011

Program Penghayatan Kemerdekaan Dan Ihya' Ramadhan

Pada 12 Ogos 2011, pihak sekolah telah menjalankan dua program serentak memandangkan minggu peperiksaan sedang berjalan. Program yang dimaksudkan adalah Program Penghayatan Kemerdekaan dan Ihya' Ramadhan.

Bagi Program Penghayatan Kemerdekaan, pihak sekolah telah menjemput penceramah jemputan Tuan Taufik Yusuf daripada Jabatan Penerangan Pengkalan Hulu. Beliau menyampaikan ceramah tentang bagaimana tugas kita mencintai negara adalah sebahagian daripada syariat Islam.





Bagi program Ihya' Ramadhan pula, majlis dimulakan dengan bacaan Ayat Kursi oleh wakil pelajar dan diikuti dengan tazkirah oleh Ustazah Hosni.

Semoga program kali ini dapat mendekatkan para pelajar dan guru kepada erti kemerdekaan di samping menghayati keberkatan bulan mulia, Ramadhan.

Thursday 11 August 2011

Exam Week

Selamat menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun buat pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kroh. All the best!


Tuesday 2 August 2011