Pages

Thursday, 22 September 2011

Sambutan Raya Merdeka Peringkat Sekolah Kebangsaan Kroh

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kebangsaan Malaysia, sambutan peringkat sekolah telah berlangsung secara serentak antara kedua-dua perayaan tersebut. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan oleh pihak sekolah dengan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan para pelajar.

Antara program yang berlangsung pada hari tersebut termasuklah jamuan hari raya, hasil gotong royong para guru dan staf sekolah, Pertandingan Baju Kebangsaan Merdeka-Raya dan juga Pertandingan Basikal Berhias.  Program telah berlangsung dengan jayanya.













































Perarakan Menyambut Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak

Perarakan Menyambut Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafaru'llahulahu telah berlangsung di sepanjang laluan Baginda ke Balai Bomba yang akan dirasmikan oleh baginda.

Ketibaan Baginda disambut meriah sebaik sahaja helikopter yang dinaiki Baginda mendarat di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Saban dan kemudian disambut dengan lambaian rakyat jelata disepanjang perjalanan.



Friday, 12 August 2011

Program Penghayatan Kemerdekaan Dan Ihya' Ramadhan

Pada 12 Ogos 2011, pihak sekolah telah menjalankan dua program serentak memandangkan minggu peperiksaan sedang berjalan. Program yang dimaksudkan adalah Program Penghayatan Kemerdekaan dan Ihya' Ramadhan.

Bagi Program Penghayatan Kemerdekaan, pihak sekolah telah menjemput penceramah jemputan Tuan Taufik Yusuf daripada Jabatan Penerangan Pengkalan Hulu. Beliau menyampaikan ceramah tentang bagaimana tugas kita mencintai negara adalah sebahagian daripada syariat Islam.





Bagi program Ihya' Ramadhan pula, majlis dimulakan dengan bacaan Ayat Kursi oleh wakil pelajar dan diikuti dengan tazkirah oleh Ustazah Hosni.

Semoga program kali ini dapat mendekatkan para pelajar dan guru kepada erti kemerdekaan di samping menghayati keberkatan bulan mulia, Ramadhan.