Pages

Friday 24 June 2011

Temasya Olahraga Tahunan 2011

Temasya Olahraga Tahunan 2011 Sekolah Kebangsaan Kroh telah berlangsung dengan jayanya pada :
                     Tarikh   : 23 Jun 2011
                     Masa    : 2.30 Petang - 6.00 Petang
                     Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Kroh 

Majlis telah dirasmikan oleh IR. Mohamed Yaakub Ismail, Senior General Manager Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. Kehadiran para ibu bapa dan tetamu-tetamu telah menambahkan lagi kemeriah acara tahunan ini.

Para pelajar akan membawa nama rumah sukan masing-masing mengikut warna; Merah-Laksamana, Biru-Temenggung, Kuning-Bendahara dan Hijau-Menteri. Sukantara iaitu acara saringan telah pun berlangsung lebih awal.

Acara yang dipertandingkan pada hari tersebut termasuklah acara prasekolah, pendidikan khas, 4x50 meter, 4x200 meter dan juga acara untuk ibu bapa. Kemuncak temasya adalah upacara penyampaian hadiah dan juga acara tarik tali akhir di antara Rumah  Bendahara dan Rumah Menteri.























0 comments:

Post a Comment